Ketahui 5 Kesilapan Semasa Menulis Iklan Yang Ramai Tak Tahu!

Pernah tak anda rasa nak give up menjual di online?

Dah buat macam-macam cara, tapi semuanya tak menjadi. Setiap hari post status, orang hanya like jer. Sangat sikit yang tanya nak beli. Kalau dapat jual 1 pcs pun, rasa bersyukur sangat.

Sampai anda rasa, berniaga ini bukan bidang anda. Anda sedih sangat tak dapat jual. Rasa macam buang masa, buang tenaga.

Pernah rasa macam ini?

Sabar yer.

Setiap masalah itu ada penyelesaian. Percayalah.

Anda tentu nak tahu kan: “Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa orang tak berminat dengan iklan aku? Dimana silapnya?”

Dalam artikel kali ini, saya akan bahaskan 5 jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh peniaga ketika menulis iklan dan apa yang kita perlu fokus sebenarnya.

Kesilapan #1 – Terlalu Fokus Pada Ciri-ciri Produk

Jujur cakap. Orang tak kisah dengan ciri-ciri produk.

Iklan yang terlalu fokus pada ciri-ciri produk, buatkan prospek bosan untuk baca.

Contoh ciri-ciri produk;

  • “Kopi XXX ini diperbuat dari daun”
  • “Tudung ini tak jarang”
  • “Milkbooster ini ada susu kambing”

Apa manfaatnya pada pelanggan? – Nothing, yilekk!

Pelanggan tak kisah pun dengan produk. Ada berlambak produk di luar sana. Kenapa mereka perlu kisah dengan produk kita? Takde sebab mereka perlu bazirkan masa mengenali produk kita.

Sebaliknya, pelanggan hanya nak tahu; 

“Bagaimana sesuatu produk mampu bantu dia selesaikan masalah?”

Pelanggan beli sebab nak selesaikan masalah. Bukan sebab produk itu power.

Contoh: Anda takde sakit gout.

Saya penjual ubat gout. Saya bagitahu la. Ubat gout ini power. Diperbuat dari akar kayu. Tiada bahan kimia berbahaya. Boleh nampak kesan kurang 5 minit.

Anda berminat tak nak dengar cerita saya? Atau anda rasa annoyying gila mamat ni?

Begitulah apa yang pelanggan rasa, bila kita terlampau syok sendiri cerita tentang ‘kebagusan’ produk semata-mata.

Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:

Fokuskan cerita tentang manfaat.

Daripada kita cerita produk semata-mata, lebih baik ceritalah tentang kisah pelanggan yang dah guna.

  • Bagaimana hidup dia berubah.
  • Mungkin dulu rasa terseksa, sekarang happy.
  • Dulu kena kutuk, sekarang dah ramai puji.

Jual pengalaman pelanggan guna produk kita.

Sentiasa tanya soalan “So, why?” untuk cari manfaat yang pelanggan nak.

Misalnya, bila kita mahu beritahu tentang ciri-ciri tudung itu tak jarang. Cuba soal dalam diri kita “So, what?”.

Letakkan diri kita di tempat pelanggan.

Tak jarang  – So, why? – Aurat terpelihara – So, why? – Boleh pakai bawak solat – So, why?– Rasa selamat bila pakai – So, why? – Teruskan tanya “So, why?”

Ini cara asas untuk dapatkan idea menulis manfaat produk.

Kesilapan #2 – Target Market yang Terlalu Umum

Pernah tak anda dengar pepatah:

“When we try to talk to everybody, we talk to nobody”

Inilah pepatah yang sesuai saya gunakan dalam poin nombor dua ini.

Maksudnya, bila kita cuba cakap dengan semua orang. Kita sebenarnya tak bercakap dengan sesiapa pun. Bahasa kasarnya, tak ada seorang pun yang dengar cakap kita.

Begitulah analogi dengan iklan.

“Antara kesilapan utama peniaga adalah cuba menulis iklan kepada semua orang.”

Kita kena sedar. Facebook adalah tempat yang bising. Semua orang nak bercakap. Semua nak share kehidupan mereka.

Jadi, bila semua nak cakap. Bila mereka nak baca iklan kita.

Okay, saya bocorkan. Antara tip rahsia untuk bercakap di tempat yang bising adalah anda kena tarik perhatian mereka dahulu.

Bayangkan, anda sedang berada di dalam dewan sekolah dan anda diberi tugasan untuk sampaikan satu mesej penting dari cikgu. Tapi, semua orang dalam dewan sibuk dengan hal masing-masing.

Semua nak bercakap. Suasana bising. Bagaimana anda nak sampaikan mesej penting tu?

Kalau saya, ini pendekatan yang saya pilih:

  1. Saya kenalpasti dulu mesej ini khas untuk siapa
  2. Apa mesej yang ingin disampaikan
  3. Fikir cara untuk tarik perhatian mereka dulu
  4. Kemudian, baru saya sampaikan mesej

Contoh mesej: Nak beritahu hari isnin semua pelajar Tingkatan 3 kena pergi seminar ‘Jom belajar’ di Kuala Lumpur.

  1. Siapa: Pelajar Tingkatan 3
  2. Mesej: Hari isnin ada seminar dekat Kuala Lumpur
  3. Tarik perhatian mereka dengan panggil; “Perhatian: Pelajar Tingkatan 3”
  4. Semua dah beri perhatian, baru saya beritahu; “Hari isnin ni… bla..bla”

Simple kan?

Anda rasa mesej penting itu sampai atau tidak dekat pelajar tingkatan 3? Ya, insyaallah sampai. Sebab masa kita cakap, semua orang sedang tumpu perhatian.

Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:

Sebelum nak tulis apa sahaja iklan. Pastikan kenalpasti dulu, ‘siapa’ pelanggan kita.

Bila dah tentukan siapa, baru kita jelas siapa kita nak panggil. Baru fikir tentang cara nak tarik perhatian mereka. Kemudian, barulah susun ayat iklan yang berpengaruh.

Kesilapan #3 – Tunggu Ilham Tak Sampai

Cerita tentang ilham ini. Bohong la kalau saya kata, saya setiap minit ada ilham power untuk tulis iklan.

Bagi saya mudah. Ilham dan idea ini umpama rezeki. Sama macam kita nak dapat duit.

Kesilapan ramai peniaga, mereka terlalu ‘menunggu; ilham. Bila ilham tak sampai, mulalah pening kepala, tak tahu nak tulis apa. Last-last tidur. Tidur tak selesaikan masalah iklan sahabatku.

Cuba kita muhasabah balik;

“Antara tunggu dan cari rezeki: Mana yang lebih bagus?”

Nah! Jika kita nak dapat duit, kita kena cari. Kita sanggup kerja. Kita sanggup bisnes. Kenapa bila kita nak menulis, kita harap ia hadir dengan hanya menunggu?

Nampak tak poin saya?

Sebenarnya, cara paling kebal untuk elak daripada takde idea adalah CARI ILHAM.

Contoh: Kita takde idea nak tulis pasal manfaat produk.

Maka, tindakan kita adalah buat carian.

Cuba baca blog-blog pesaing kita. Apa yang mereka tawarkan. Baca jurnal. Baca bahan material daripada HQ. Tanya orang yang pakar tentang produk itu. Bila kita tanya, kita akan dapat idea.

Kata kuncinya, kita kena CARI bukan TUNGGU ilham tak sampai-sampai.

Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:

Pertamanya, fahamkan dulu bahasa ilham & idea adalah rezeki.

Makanya, penting untuk kita kumpul bahan dulu, sebelum mula menulis. Dah kumpul bahan seperti kajian tentang produk. Dah korek dan kumpul maklumat apa yang pelanggan mahukan.

Barulah bila menulis, ia akan jadi mudah, teratur & sedap jer.

Kesilapan #4 – Guna Bahasa ‘Professor' Yang Pelanggan Tak Faham

Kita perlu sedar. Tak semua orang faham, apa yang kita faham.

“Bahasa yang darjatnya terlalu tinggi. Akan buatkan kita rasa hebat. Tapi belum tentu produk terjual”

Bila menulis iklan, yang PENTING adalah pelanggan faham dulu.

Bak kata salah seorang otai dalam bidang Direct-response Copywriting, David Ogilvy;

“If you want people to buy your product, you must explain it as briefly and simply as possible: what you sell, and how buying your product will improve their lives.”

Maksudnya, kalau kita nak jual produk. 

Kita kena terang kepada pelanggan semudah mungkin, dengan bahasa yang senang difahami, supaya mereka nampak nilai, bahawa produk kita mampu bantu mereka hidup lebih baik.

Jadi, apa perlu kita buat selepas ini:

Elakkan guna perkataan bombastik. Sainstifik aras professor. Perkataan pelik-pelik.

Pilih perkataan yang sama maksud & lebih mudah difahami. Cuba cari perkataan yang lebih mesra pengguna. Senang cerita, budak sekolah pun boleh faham.

Contoh: Jual produk kesihatan.

Daripada kita guna istilah ‘Ganoderma Lucidum’. Lebih baik tukar kepada ‘Cendawan Merah’. Perkataan ‘Cendawan’ lebih mudah orang faham.

Contoh: Jual hartanah

Jika anda bercakap dengan orang baru dalam bidang ini. Daripada guna istilah ‘Subsale’. Lebih baik anda tukar kepada ‘Rumah second-hand atau terpakai’.

Boleh dapat setakat ini? Simple jer kan? 

Tukar perkataan pelik, kepada perkataan yang pelanggan mudah faham. Nak dapat perkataan ini, mudah jer. Anda kena belajar ilmu tanya soalan yang betul dekat pelanggan.

Bila soalan kita tanya power, feedback yang kita dapat pun power.

Kesilapan #5 – Tulis Ikut ‘Rasa-rasa' Bukan Dari Kajian

Sebenarnya, prospek boleh ‘bau’ sama ada kita tulis berdasarkan kajian atau main ‘goreng’ sesedap rasa.

Ayat iklan yang ditulis berdasarkan kajian. Isinya sampai ke hati. Mudah dihadam dan tidak diragui. Tak nampak ‘fake’ la senang cerita.

Manakala, ayat iklan yang dibuat berdasarkan ‘rasa-rasa’. Biasanya, meleret-leret tanpa hala tuju. Bila kita baca pun boleh tergeliat lidah.

Macam saya, bila mahu menulis iklan. Sekurangnya, saya perlukan 5 poin di bawah (minimum):

  • Produk ini untuk apa?
  • Nak jual dekat siapa?
  • Apa yang bestnya produk ini?
  • Kenapa prospek kena beli dari aku?
  • Macamana nak order?

Bila tahu jer 5 poin ini.

Saya akan buat kajian tentang ‘pelanggan kelaparan’ dan keunikan untuk produk tersebut. Dah selesai kajian, baru saya mula menulis.

Tidak la saya merepek-repek dalam iklan.

Dalam iklan, saya hanya bagitahu benda yang pelanggan nak tahu sahaja.

Macamana nak tahu apa yang pelanggan nak?

Jawapannya, tanya mereka. Ya, tanya pelanggan. Kenapa dia beli dari kita? Apa bestnya produk kita? Apa yang buatkan dia puas hati sangat-sangat?

Kemudian kita senaraikan lah dalam bentuk poin. Bagi memudahkan anda faham. Saya kongsikan contoh.

Contoh: Niche Travel Agency

  • Nak jual pakej apa? – Pakej pelancongan ke Turki.
  • Untuk siapa? – Kaki travel & minat pergi tempat sejarah Islam.
  • Apa yang best? – Boleh customize pakej. Ada 15 tempat menarik.
  • Kenapa kita? – Ada pemandu pelancong yang boleh cakap Melayu.
  • Cara order? – Klik link untuk isi borang.

Nampak tak, bila poin-poin dah dikumpul. Rasa mudah sikit nak mula menulis.

Boleh dapat sampai sini?

Ok, akhir kata daripada saya…

Saya harapkan artikel ini dapat bantu anda faham dengan serba ringkas. Apakah kesilapan yang sering dibuat dan apa yang anda perlu fokus selepas ini.

Bagi anda yang nak belajar lebih lanjut, anda boleh isikan borang online di bawah supaya kami boleh berikan maklumat terus kepada email anda. Terima kasih

Blank Form (#1)

Lihat Juga Artikel ini: Contoh Headline Yang Memukau Kurang 5 Saat ! >>

(Visited 490 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top