Bagaimana Nak Buat Kajian Pasaran Barang Yang Cepat Laku Dijual di Ebay?

Saya dapat banyak pertanyaan tentang macam mana nak buat Kajian Pasaran Barang Yang Cepat Laku Dijual di Ebay.

Kalau anda ada soalan tu kat minda anda maknanya anda memang berminat untuk belajar macam mana nak buat duit kat ebay ni.

Ucapkan tahniah buat diri anda sebab anda akan belajar sesuatu dari post artikel kali ini.

Saya harap ianya akan membuka minda anda dan menjawab segala persoalan yg bermain di fikiran anda selepas  anda dah baca artikel kali ini.

Objektif post kali ini adalah :

Bila kita dah ada akaun ebay dan paypal barang apa yang kita nak jual di ebay?

Secara umumnya saya boleh bahagikan kepada 2 cara:

  1. Perhatikan keadaan sekeliling rumah anda, lihat jika ada barang yg tak pakai, anda ambil gambar dan buat iklan di ebay
  2. Buat sedikit kajian pasaran di ebay berdasarkan data-data item sold yang berjaya di jual di ebay,kaji item apa yg trending dan ada demand yg tinggi kemudian anda supply

Untuk cara pertama :

Sesiapa sahaja boleh buat. Tak perlu pergi kelas, bengkel or belajar dari google, forum, youtube dan sebagainya. cara ni adalah cara konvensional. Orang kata try and error. Kalau item terjual ada untung, kalau tak terjual cari item lain dan try listing sehinggalah terjual.

Kebaikan cara pertama ni anda tak perlu pening kepala fikir nak jual apa. Belasah jelah apa yang anda nampak kat depan mata anda, try ambil gambar dan listing di ebay.

Keburukannya pula, anda akan bosan dan letih sebab barang yang anda jual tu anda expect akan terjual tapi tak terjual-jual sampai sekarang. Kalau nasib anda baik, terjuallah. tu rezeki anda. Kalau nasib tak baik tak terjuallah.

Untuk cara kedua:

Cara kedua ni adalah cara yang lebih smart dan sistematik. Anda berfikir dahulu apa yang tengah ada demand yang tinggi di pasaran ebay sekarang. Anda hanya menjual barang-barang yg ada demand sahaja. Barang takde demand anda tak jual.

Kebaikan cara kedua ni adalah ibaratnya anda adalah seperti seorang penembak sharp shooter. Kalau anda iklankan 10 iklan di ebay, 70%-90% iklan anda tu memang mendapat permintaan daripada buyer. 7-9 barang yang anda iklankan akan terjual. 1-3 item sahaja yang tak terjual.

Keburukannya pula, ianya memerlukan kemahiran untuk berfikir dan buat kajian pasaran yang tinggi. Anda perlu ada skill macam mana nak kenalpasti barang-barang yang seperti ni.

So, dalam artikel ni, saya nak kongsikan kepada anda cara kedua ni. Sebab saya nampak masih tak ramai lagi yang ada skill macam ni.

Sebelum saya ceritakan prosesnya.. saya tunjukkan dulu contoh 1 jenis barang yang sedang meningkat naik di pasaran ebay

Cuba lihat gambar di bawah ni.

Graf di atas adalah pasaran produk yang sedang meningkat naik jualan di ebay. pasaran item ni masih baru lagi. Market masih ” fresh”. bulan julai 2017 tempoh hari launching.

Ramai yang masih tak tau barang ni tengah ada demand yang tinggi. Skill nilah yang patut anda kuasai dengan baik jika anda nak jadi ebay player yang tegar.

Mari saya kongsikan sedikit analisis hasil kajian produk ni. Jika kita perhatikan hasil jualan di ebay dalam tempoh 3 bulan yang lepas tentang produk ni bermula dari 1 ogos 2017 sehingga 6 okt 2017, permintaan produk ini di pasaran ebay.com adalah semakin tinggi.

Gambar di bawah menunjukkan jumlah persaingan  barangan ni di seluruh dunia hanyalah 614 orang seller sahaja. Dan daripada 614 orang seller tu terdapat sebanyak 5815 iklan(listing) oleh ebay seller seluruh dunia.

Jika anda perhatikan dari statistik di atas, selepas saya perincikan hasil kajian ini, 66 iklan daripada 5815 adalah seller dari malaysia (proportion market share ebay seller malaysia 1.13% sahaja) maksudnya seller malaysia masih tak ramai lagi tau barang ni tengah trending di ebay!

Ya. Itulah yang kita nak. so sebelum item ni diketahui oleh ebay seller malaysia, waktu nilah adalah waktu yang terbaik untuk kita tumpang market share untuk sama-sama makan kek yang besar ni kat pasaran Ebay USA.

Sebabnya anda mampu untuk menjual item ini di atas harga average price. walaupun anda letak harga yang lebih tinggi dari harga market, orang masih ramai lagi nak beli.

So untung anda akan jadi besar walaupun anda hanya jual barang secara dropship sahaja.

Jumlah jualan dalam masa 3 bulan ni oleh seller seluruh dunia adalah sebanyak $124K USD bersamaan dengan 8705 unit terjual!

Banyak kan?

Jom kita tengok berapa banyak harga item yang berjaya dijual oleh seller malaysia dan berapa ramai seller malaysia yang dah tau barang ni boleh di jual di ebay dalam tempoh 3 bulan ni:

Daripada 614 seller seluruh dunia hanya 4 orang seller sahaja dari malaysia. total jualan oleh seller malaysia dalam tempoh 3 bulan ni adalah sebanyak 1079.22 USD dengan sebanyak 76 unit berjaya dijual.

Inilah kelebihan penggunaan terapeak jika anda pandai menganalisa dan memahami data-data yang dibekalkan oleh software ni. Sebab tu pentingnya ilmu. Jika takde ilmu manusia ni takkan mampu untuk pergi lebih jauh kehadapan.

Wahyu yg pertama turun pun Allah perintahkan untuk Iqra (bacalah). Melalui pembacaan tulah anda akan mendapat ilmu, dan dengan ilmu itulah yang akan menyebabkan manusia untuk mampu mengenal iman dan takwa, mampu untuk melihat sesuatu itu dari pandangan yang berhikmah. golongan orang yang berilmu adalah golongan orang-orang yg akan diangkat darjatnya beberapa darjat di sisi Tuhan.

Ok kita sambung balik.

So, purata jumlah item yang berjaya dijual oleh setiap orang seller dari malaysia adalah 19 unit dalam masa 3 bulan. Dengan nilai jualan oleh setiap orang sebanyak 19 unit x (14.2 +2.37) = 314.83 usd dalam masa 3 bulan.

Ok faham tak maksudnya tu? Maksudnya anda mudah untuk melakukan jualan di ebaylah, chances untuk item anda terjual adalah tinggi kalau anda listing barang-barang yg ada ciri-ciri macam ni.

So takdelah mengeluh lagi lepas ni cakap sy dah listing di ebay, tapi viewer saya rendah sangat. Takder orang view pun.

ok caranya macam ni…

Dekat website 1688 ni anda boleh perhatikan item apa yang tengah demand di sana. Anda boleh klik link di sini untuk tahu index jualan di 1688.

Ini adalah cara yang paling mudah untuk anda dapatkan idea item apa yang tengah trending di ebay.

So saya tengok data daripada pembelian item ni di 1688, dan saya buat kajian di ebay adakah item ni tengah ada demand yang sama tinggi seperti yang terdapat di website 1688.

Kebiasaannya, semua barang yang tengah trending di negara barat, china akan follow dan diorang ni mampu untuk menghasilkan item yang sama tengah trending di sana.

Dari website 1688 ni saya dapati keyword “finger monkey” adalah item yang sedang meningkat naik permintaannya di 1688.

So saya pun cuba buat comparison harga di website 1688 dan juga aliexpress.

Hasilnya anda nampak seperti di bawah:

Harga dari supplier anda boleh dapat 7.5 yuan seunit = 1.14 USD.

Kalau anda main simpan stok anda boleh gunakan supplier dari 1688 ni untuk beli barang dan pos sendiri atau jual di market Malaysia.

Jika anda player baru, anda boleh rujuk website aliexpress seperti di bawah. Dengan menggunakan keyword finger monkey untuk buat carian. So anda boleh buat jualan secara konsep dropship dari website aliexpress ni.

Ramai yang mengeluh tak boleh nak buat dropship dari aliexpress!

Sebab kebanyakkan barang yang dijual di ebay semuanya lebih rendah dari website di aliexpress, so macam mana nak dopship jual di ebay kalau aliexpress lagi mahal!

Jawapannya mudah sahaja, cara anda memilih barang tulah yang tak kena. skill dan knowledge mencari item yg tengah trending masih belum ada.

So saya harap lepas ni lebih ramai yang nampak peluang ni dan praktiskan apa yang saya ajarkan ni.

Anda cuba lihat gambar yang saya bulatkan di bawah, item yang sama dijual oleh seller di aliexpress adalah sebanyak 4.12 USD+ 1.58 USD (Kos shipping) seunit pos menggunakan epacket (shipping termurah dan terpantas untuk sampai ke USA yang ada tracking number).

Jom sekarang kita tengok hasil jualan oleh antara top seller di ebay yang menjual item ni. Berapa unit dia berjaya jual dan berapa harga yang dia jual jika modal dia adalah sebanyak 5.7 USD (4.12 + 1.58)

$15.28 x 380 unit = $5806.4 @ RM24,515 dalam masa 3 bulan sahaja! (Rate $1 = RM4.222)

Berapa keuntungan bersih seller ni?

Anda boleh gunakan software tool ni.

Total profit bersih setelah ditolak semua kos penghantaran, kos item, kos yuran ebay dan paypal ialah:

$7.31 x 380 unit = $2777.8 @ RM11,726.80 dalam masa 3 bulan.

Saya percaya keuntungan seller ni lebih tinggi lagi daripada apa yang dianggarkan ni sebab seller ni adalah seller dari negara china.

Jika anda perhatikan harga yang dijual oleh seller china ni adalah harga yang lebih tinggi dari average price oleh seller global (rujuk semula post di atas).

Jika seller china boleh jual lagi tinggi, diorang ni masih tak buang harga lagi, ni maknanya market ni masih ramai lagi yang tak tahu. Dah sudah tentunya dengan mudah mengaut keuntungan yang besar hasil dari jualan item seperti ni.

So kesimpulannya anda boleh buat kajian item-item yang lain dengan menggunakan cara yang saya tunjukkan ni. Saya tunjukkan dalam kategori mainan. Anda boleh keep on playing data-data dalam kategori yang berlainan pulak.

Janganlah ikut sebiji sebiji apa yang saya bagi contoh ni yer. Rajin sikit. Buat latihan sikit. Jangan malas-malas. Takkan nak semua disuapkan. 🙂

Nanti semua orang jual barang yg sama, dah macam budak-budak. Cikgu cakap A, anak murid pun tulis A, copy teknik saya ajarkan ni, dah cuba ubah tengok item-item yang lain pulak.. okay?

Teknik telah pun saya kongsikan, ilmu telah pun saya sampaikan, pancing saya dah bagi.. tinggal anda sahaja sama ada nak menggunakan pancing yg dah saya bagi untuk memancing ikan di lubuk ebay ataupun tak.

Tak semestinya lepas anda baca artikel ni anda terus jadi pandai. Terus boleh buat jualan. anda perlu praktis. praktis. praktis dan praktis sehinggalah anda mahir.

Anda perlu bertindak sekarang, praktis dari sekarang dengan konsisten selama 2 jam sehari untuk tempoh sebulan, saya percaya anda mampu kuasai skill yang saya kongsikan ni.

Jika anda ingin cari barang cepat laku di jual di Ebay saya galakkan anda boleh dapatkan panduan ini kerana anda akan belajar lebih mendalam lagi kajian untuk produk sebelum menjual di platform Ebay.

Boleh klik di sini untuk download Ebook Panduan Ebay >>

Panduan ini merangkumi langkah-demi langkah anda boleh menjual di platform ebay. Jika anda ingin tahu langkah menjual di Ebay anda boleh rujuk artikel kami melalui link di bawah.

4 Langkah Bagaimana Buat Duit Dengan Ebay>>

(Visited 3,709 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top