Jualan Tupperware RM233,169 Setahun di Market Ebay Australia!

Seller ini berjaya buat jualan $58,593 (RM233,169) dalam tempoh setahun (Jun 2017- Mei 2018) di market eBay Australia.

Dengan purata jualan sebulan sebanyak $4882.75 (RM19,409.11 sebulan), seller ni berjaya buat jualan dengan konsisten hanya fokus kepada barang keluaran tupperware sahaja.

Jika saya ambil 35% profit dari jualan sahaja seller ni dah ada gaji sebanyak RM6,793.19 sebulan!

Untuk makluman anda, ini adalah data dari seorang seller sahaja di ebay dan saya hanya fokuskan pada market ebay australia sahaja.

Jom lihat statistik jualan setiap bulan oleh seller ni:

Kalau saya campurkan dengan sales dari market ebay negara lain dan jualan oleh semua ebay seller tupperware jualan

nya adalah mencecah lebih 1 juta USD!

Jom tengok sikit statistik jualan dari individual seller ni untuk rujukan dan pembelajaran anda

Total barang yang berjaya di jual adalah sebanyak 2084 transaksi dengan jumlah iklan sebanyak 1801 listing. Purata harga jualan adalah sebanyak $28.12

Dari mana saya dapat statistik jualan yang sebegitu detail macam ni?

Dah tentulah saya dapatkan daripada sumber yang sah iaitu data dari ebay sendiri. (dulu dibawah company terapeak)

Apa yang bagusnya data yang kita dapat ni?

Bagusnya kita akan dapat buat jualan yang lebih baik dari seller ni dan dapat jimatkan kos untuk invest beli produk mana yang betul-betul ada demand tinggi dari market Australia.

Kalau seller ni perlu memperuntukkan masa untuk listing sebanyak 1801 listing, kita tak perlu untuk peruntukkan waktu yg banyak untuk listing sebanyak itu, just fokuskan pada top produk yang seller ni jual jer

Produk apa yang paling laku oleh seller ni?

Antara produk-produk tupperware, list di bawah ni adalah demand yang paling tinggi

So tak perlu untuk fokus jual barang yang takde demand selain daripada Top list di atas ni

Setiap bulan seller ni menjual lebih dari 94 unit. boleh tengok data bilangan unit terjual di bawah

Dari data seperti ni jugak kita dapat tau berapa harga jual, harga shipping yang patut kita cas pada bakal customer kita untuk compete dengan competitor kita.

So takdelah anda pakai tembak je sebelum buat jualan. tu yang jadi result jualan krik..krik krik~

Ok? Saya harap anda dapat belajar sesuatu dari artikel kali ni. saya  suka buat analisis data menggunakan terapeak ni sebabnya saya dapat tau barang apa yang patut saya beli secara borong dan jual dengan optimum.

Terapeak ni memang software yang berbayar, tapi jika anda pandai menggunakannya memang ianya sangat-sangat membantu.

Dan berita baiknya bermula 1 Jun 2018, terapeak dah onkan semula fungsi seller macam kat bawah ni.

Kegunaan fungsi ni kita boleh tau berapa sales setiap bulan dan apa top produk seller tu yang boleh melonjakkan sales mereka.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ni fungsi tool ni telah dimansuhkan oleh terapeak untuk melindungi data jualan top seller di ebay. tapi hari ni, lepas 5 bulan ebay dah beli terapeak, ebay telah onkan semula fungsi ni untuk manfaat new seller.

So ni adalah peluang anda untuk ambil manfaat fungsi ni sebelum ebay berubah fikiran untuk offkan semula fungsi ni.

Kesimpulannya

Tak kira apa jenis barang yang anda nak jual, pastikan anda mestilah ada solid reason kenapa anda nak jual produk tu, pastikan anda buat kajian pasaran berdasarkan data-data jualan yang lepas di ebay.

Barulah sales anda tu akan melonjak naik dan anda dapat jimatkan banyak masa wang dan tenaga sebelum buat sesuatu.

Hari ni anda buat bisnes ebay, esoknya memang mustahil untuk anda dapat hasil yang sama macam seller ni. Ianya memerlukan masa, kesungguhan dan kesabaran yang tinggi untuk hasilkan pendapatan yang lumayan.

Anda perlu terus lakukan walaupun sales anda masih tak banyak lagi. Saya percaya jika anda berjaya konsisten buat jualan di ebay selama 1-5 tahun, pengalaman yang anda lalui itu akan membantu anda buat jualan yang semakin banyak.

Dan tak mustahil suatu hari nanti pendapatan online anda lebih besar dari pendapatan anda sekarang ni!

 

Rakan saya, Tuan Zul Ariffin ada hasilkan video Blue Print Ebay Research Intelligence Method (BPERIM). Ia adalah video tutorial yang menerangkan tentang bagaimana untuk anda mengenalpasti niche produk yang FRESH & mudah untuk dijual di Ebay.

Klik Di Sini Untuk Tonton Video BPERIM >>

Semoga bermanfaat!

(Visited 348 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top