Guna 3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis!

Anda nak tahu contoh ayat iklan yang menarik bakal pembeli?

Sebenarnya menulis ayat iklan tak susah.

Yang susah, nak pastikan mereka baca sampai habis, berminat & rasa nak beli dari kita.

Jadi pada hari ini, saya nak kongsikan 3 idea kepada anda.

Bagaimana nak rampas perhatian prospek & buatkan mereka baca iklan kita sampai habis?

Ok jom kita lihat idea penulisan yang pertama.

Antara Contoh Ayat Iklan yang power menarik bakal pembeli adalah:

1. Ayat pertikai fakta

Masukkan ayat yang mempertikai fakta semasa.

Kenapa? Sebab manusia pantang ditegur; lagi-lagi berkait dengan kepercayaan.

Bayangkan, fakta yang dia percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu alasannya.

Jika anda masukkan poin ini dalam ayat iklan, anda mampu buatkan prospek rasa nak tahu & baca sehingga habis.

Contoh niche kecantikan, fakta semasa yang mereka terima mungkin:

“Sirip ikan yu terbukti melicinkan kulit kurang 7 hari” <— Ini fakta semasa!

Tapi anda ada bukti atau pandangan yang bertentangan;

“Betul ke sirip ikan yu boleh licinkan kulit?”

Tajuk seperti ini selalunya buatkan prospek jadi serba tak kena, lagi-lagi kalau mereka dah lama guna produk Sirip Ikan Yu.

Jadi tugas kita senang jer;

  • Mempertikai fakta sedia ada.
  • Buat ia jadi sedikit kontroversi.
  • Kemudian, bagi bukti.

Terangkan sama ada kita bersetuju ataupun tidak dengan fakta tersebut.

Jika tak bersetuju, lampirkan bukti-bukti sokongan. Baru lah mesej kita mudah diterima akal & berpengaruh.

Boleh dapat setakat ini?

Awas! Jika idea tidak disampaikan dengan baik, anda bakal dikecam! Saya ingatkan jer. 


2. Ayat ingatkan ‘The Big Why' + Tips

Apa itu Big Why?

Big Why adalah sebab utama anda buat keputusan untuk lakukan sesuatu perkara.

Saya percaya. Setiap manusia mesti ada impian yang ingin dicapai. Namun, disebabkan beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian kabur dalam ingatan.

Jadi, kita boleh gunakan kesempatan ini, untuk ingatkan semula “Big Why” mereka, dalam ayat iklan kita.

Contoh niche kewangan. Kita kena tentukan dulu;

  • Siapa prospek kita?
  • Apa sebab utama mereka buat sesuatu keputusan?
  • Kenapa mereka perlu berjaya?

Selepas buat kajian. Kita jumpa bahawa prospek yang ada dalam niche kewangan, biasanya Big Why mereka adalah mampu bagi duit kepada ibu & ayah di kampung.

Seterusnya, tugas kita hanya perlu tanya dibahagian tajuk iklan;

“Dah mampu belum, nak bagi duit belanja dekat ibu di kampung? Jika belum, ini caranya.”

Selepas anda ingatkan Big Why mereka, bagi lah tip yang mereka boleh guna serta merta.

Mudah jer kan cara no.2 ini?

  • Ingatkan Big Why.
  • Kemudian, bagi tip.

Pada akhir perenggan, buatlah Call to Action seperti

“Berminat nak tahu lebih banyak? Hubungi saya.”

Nota: Ayat jenis ini sebenarnya lebih selamat.


3. Ayat info yang ‘ramai tak tahu'

Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan info terbaru.

Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya ‘Self-Esteem’.

Self Esteem ini maksudnya sentiasa inginkan peningkatan status diri.

Atau dengan bahasa yang lebih mudah, manusia nak diri mereka ‘nampak lebih pandai’ daripada sebelum nya.

Jika mereka dapat tahu sesuatu info sebelum orang ramai tahu, mereka akan berasa bangga & suka berkongsi info tersebut (ini yang page-page viral suka selitkan pada tajuk artikel mereka).

Contohnya kalau untuk niche hartanah:

“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini “Ramai orang tak tahu” ditengah atau dihujung tajuk iklan.

Nak jadikan ia lebih spesifik?

Gantikan perkataan ‘orang’ dengan segmen market anda seperti Pelabur Hartanah.

Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca info tersebut.

Macam mana? Contoh Ayat Iklan Yang Menarik Pelanggan ni ? Adakah boleh membantu anda untuk membuat iklan yang menarik bakal pembeli?

Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?

Mahu belajar lebih lengkap? Dah penat langgar dinding?

Bagi anda yang nak belajar lebih lanjut, anda boleh isikan borang online di bawah supaya kami boleh berikan maklumat terus kepada email anda. Terima kasih

Blank Form (#1)

Apa-apa pun, saya doakan semoga artikel ini dapat membantu anda menulis iklan dengan lebih tersusun.

Lihat Juga Artikel ini : Ketahui 5 Kesilapan Semasa Menulis Iklan Yang Ramai Tak Tahu! >>

(Visited 11,058 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top