Terma & Syarat

Onlinejer.com merupakan platform yang menawarkan perkhidmatan pemasaran online dan juga bisnes online yang melibatkan banyak pihak iaitu pelanggan, penjual, dan “Program Affiliate” dan pihak syarikat (Onlinejer Marketing). Bagi memastikan platform dapat berjalan dengan lancar, mereka yang terlibat haruslah mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan agar tiada masalah yang berlaku pada kemudian hari.

Berikut merupakan terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap yang menggunakan platform ini, antaranya adalah:

1 . Anda tidak akan menyalah guna bahan promosi yang diberikan untuk kepentingan diri sendiri.

2. Anda berjanji akan melakukan promosi secara beretika dan tidak akan sesekali melakukan aktiviti SPAM atau MENCURIGAKAN.

3. Anda faham dengan jelas bahawasanya jika saya melanggar mana – mana syarat & terma Program Affiliate Onlinejer.com ini, akaun saya boleh digantung ataupun akaun dipadamkan oleh pihak pengurusan tanpa sebarang notifikasi.

4. Anda berjanji tidak akan menggunakan sebarang bahan promosi atau yang boleh merosakkan nama Program Affiliate Onlinejer.com.

5. Anda berjanji akan menjaga sensitiviti semasa melakukan promosi. Jika terdapat aduan daripada kaedah promosi anda, pihak kami berhak mengantung akaun serta merta tanpa sebarang notis.

6. Anda mestilah mematuhi mana-mana terma dan syarat platform yang digunakan untuk tujuan pemasaran sebagai contoh di media sosial menggunakan tiktok, Instagram atau facebook, anda mesti mematuhi yang telah ditetapkan oleh platform media sosial.

7. Sekiranya pelanggan meminta bayaran balik wang (Refund) komisen agen affiliate akan dibatalkan.

8. Komisen hanya diberikan untuk produk yang telah di daftarkan sebagai agen affiliate sahaja. Sila rujuk dengan Team Onlinejer senarai produk yang direkodkan dalam system kami.

9. Komisen hanya akan diberikan jika pelanggan membuat pembelian secara online dan dapat dijejak oleh system sahaja.

Pihak Onlinejer berhak meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat di atas untuk kebaikan bersama tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak lain terlebih dahulu.

(Visited 257 times, 1 visits today)
Scroll to Top